Friday, August 15, 2014

Cerita cinta aku.

Hari demi hari, aku lalui dengan sendiri. Aku cuba mencari erti cinta aku pada seseorang. Aku terus berusaha demi langkah yang terbaik untuk aku mula kan dengan lebih terbaik dari ini. Aku sentiasa mengharapkan yang terbaik dari aku sendiri untuk dikau yang aku suka. Ya Allah, jaga kan dia untuk ku jika dia bukan milik aku. Mungkin kah ini dugaan untuk aku terus cari atau aku menunggu. Semuanya bergantung pada niat dan harapan aku sendiri. Kekadang bukan mudah untuk aku tangguh semua rasa perit dan pilu bila aku gagal dalam usaha aku. Namun, ini mungkin caranya untuk Allah nak tengok usaha aku untuk perkara seperti ini. Setiap kali mengguras air mata, mengimbas mimpi dimasa lalu dimana aku cuba untuk menandingi dirimu dengan orang lain. Aku tahu betapa ramai nya orang diluar sana jugak berusaha untuk dapatkan cinta hati kau. Tapi itu bukan halangan untuk aku berhenti untuk berfikir sama ada aku nak berjalan atau berhenti. Lalu aku fikirkan, aku terus berjalan. InshaAllah. Jodoh pertemuan semuanya bergantung pada Allah. Kepada Allah aku berserah.

Thursday, July 17, 2014

Salam ramadhan

Salam ramadhan buat semua, Lambat update untuk ni. Apa pun bulan mula dah tiba. Bulan buat amal, bulan untuk back up balik yang lepas2. Hargai sebelum ianya pergi. Dan harap2 tahun depan kita jumpa lagi. Lagi dua minggu kurang kita akan temu dengan bulan syawal. Bulan ini adalah bulan yang di tunggu2 oleh penghuni2 kubur. Dimana mereka akan berehat tanpa siksaat selama sebulan. Dan mana yang hidup ni pun hargai dimana bagi mengingatkan seperti mereka2 yang tidak berkemampuan dan itu lah di wajib kan puasa pada siang hari. Menahan lapar dan dahaga, semoga Allah permudah kan segala urusan pada bulan yang mulia ini. Dan apa yang diharapkan mudah2han jumpa lagi kita di tahun akan datang. Ameen YRA.

Saturday, May 31, 2014

Empayar cita cita

Apabila mereka yang lain terpusu pusu untuk membina career mereka, biar lah kita mencipta revolusi kita sendiri. Agar supaya ada yang lain ikut jejak langkah kita. Usia bukan penghalang. Seperti mana jika seseorang itu Allah kurniakan dia menjadi pembesar di sesuatu tempat. Apa yang pasti, akal fikiran biar segar, sihat, dan sentiasa bersih. Empayar cita cita adalah seperti impian yang kita kejar. Kita kejar sampai dapat. Walau didepan kita ada banyak traffic light. Dan kita harapkan biarlah traffic light tersebut banyak yang hijau berbanding merah. InshaAllah.

Monday, April 14, 2014

Bahagia.

Tiba saat bahagia datang, kita langsung tak ingat siapa sebelum orang yang bahagia kan kita saat ini. Tiba saat bahagia itu hilang, kekadang kita cuba cari orang2 sebelum ini yang bahagia kan kita tanpa rasa jemu, Hari ini kita gembira, esok lusa belum tentu. Saat bahagia datang juga jangan lah sampai kita lupa orang2 sebelum ini. Di sebab kan agar kita sentiasa adil dalam kehidupan berkawan atau berjiran.