Sunday, July 14, 2013
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Assalamualaikum. Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Salam Ramadhan kepada korang. Yeah, blog ni pun dah tak macam dulu. Memang tak active. Hari makin hari banyak benda kita buat. Dan tk dapat nk manage kekadang sesuatu benda. Apa pun, bulan yang dinanti2kan dah pun tiba. Alhamdulillah ya Allah! Syukur! Sebab aku masih berpeluang lagi untuk berjumpa dengan bulan yang mulia. Dimana bulan yang untuk kita menambah amal ibadah kita. Sebab kita manusia selalu leka. Dan bulan ramadhan juga adalah tertutup nya pintu neraka dan terbuka pintu syurga. Ayuh ucapkan SubhanAllah. Dan ramai ternanti2kan bulan yang mulia ini. Sebab feeling nya lain dari yang lain. Antara yang best dalam bulan ni sebab ada sahur, bangun pagi dah dapat pahala kerana itu sunnah. Dan seterusnya ada solat terawih. Dan bulan Ramadhan ini juga bulan yang mengingatkan kita kepada si miskin. Macam mana mereka menahan lapar dan dahaga disaat memerlukan. Dan apa yang sedih sebab tahun ini puasa aku tak ada kawan sahabat sejati aku iaitu Lan. Arwah lan pergi tinggalkan aku sudah pun 9bulan. Tepat pada harini. Terasa sungguh hanya Allah yang tahu. Semoga Allah tempat kan dia dan yang lain2 dikalangan kekasih2 Allah. Ameen YRA. Salam Ramadhan semua!
