Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan akan pergi Syawal kembali lagi .

Orang kata kesedihan meninggalkan Ramadhan akan diubati dengan aidilfitri. Bagi aku tidak, kerna bagi orang2 yang banyak berbuat amal soleh pada jalan Allah. Mereka tetap akan berasa sedih akan pemergian Ramadhan, dimana bulan Ramadhan ini ialah bulan penuh rahmat Allah, bulan penuh dengan makna dan amal2 soleh, bulan yang boleh membuatkan yang memperbanyakkan ibadah berlipat kali ganda. Bulan Ramadhan ini jugak dikatakan dimana tutupnya pintu neraka dan terbukanya pintu syurga. Bagi penghuni di bumi ini akan merasai kegembiraan di aidilfitri, malahan tidak hiraukan pemergian Ramadhan. Bagi penghuni kubur pula akan bersedih. SubhanAllah. Adakah kita tahu berapa banyak amal yang kita telah lakukan selama kita hidup ini. Kemanisan bulan Ramadhan ini dirasai apabila kita dapat lakukan sepenuhnya ibadah puasa dengan penuh makna, seterusnya dapat dirasai kemanisannya apabila kita lakukan solat sunat Tarawih dan lagi manis apabila kita lakukan munajat diri pada Allah di pagi hari iaitu 10 malam terakhir sebelum menjelangnya Syawal. Apa pun kita sebagai manusia kadang kala ada buat dosa kepada Allah agar dapat bertaubat dan terus bertaubat walau dibulan bulan islam yang lain.