Saturday, August 4, 2012

Ramadan Al-mubarak .

Alhamdulillah ketemunya lagi bulan yang mulia. Bulan yang aku ternanti nantikan selama ini. Bulan demi bulan, hari demi hari, minit demi minit, saat demi saat akhirnya sampai juga kembali bulan yang mulia ini. Bulan yang penuh barakah. Bulan penuh makna. Bulan untuk membuat amal ibadah iaitu puasa, sedekah, terawih dan sebagainya. Di mana bulan ini juga tertutupnya pintu neraka dan terbukanya pintu syurga. Sebab itu lah orang2 yang dah meninggal seringkali menunggukan saat2 di bulan ramadhan. Dan mereka akan menangis saat takbir raya berkumandang. SubhanaAllah. Apa pun buat lah amal sebanyak mungkin di bulan yang mulia ini. InsyaAllah kita akan dirahmati oleh Allah baik dunia mahupun akhirat. Dan belum terlambat untuk aku ucapkan selamat dan salam ramadhan kepada semua umat islam.