Tuesday, February 21, 2012

Hina .

Assalamualaikum semua ! jawab salam dulu , kang berdosa bila dah dosa kena minta ampun dengan Allah . Okay kali ni aku nak cakap kan tentang HINA . Apa itu hina ? Pasti korang tahukan apa itu hina . Kita sebagai manusia dicipta kan Allah dengan sempurna tak elok lah kalau kita nak hina seseorang itu . Sebab kadang2 diri kita sendiri tak perfect . Errr , malas pulak aku guna kan dwibahasa ni . Ahhhh sambung balik dengan tajuk dengan ini . okay , hina ini berbagai penghinaan . Dan aku tahu korang pasti pernah kena hina , malah bukan korang sahaja , aku pun sama kadang2 dihina dicaci . Aku nak tanya lah , orang yang hina kita tu siapa ? Adakah dia seorang yang perfect ? tidak kott . sebab itu lah aku katakan tadi dan kita sebagai insan yang bernama manusia pasti ada melakukan kesilapan . tak ada yang sempurna . Tapi korang mesti pernah jumpa orang yang menghina muka orang2 yang buruk kan . Okay kenapa harus hina macam tuh ? Bukan kah mereka itu ciptaan Allah . meskipun kalau nak menghina pun jangan lahh kau cakap direct macam tu sekali . biarlah ada kiasan sikit . Manusia bila rasa mereka dapat menghina seseorang mula rasa puas hati . Adakah orang yang dihina itu akan puas hati macam kau juga ? Aku rasa tak kott , sebab bila kita dihina pasti kita akan dendam walau kita tak tahu nak balas dendam dengan cara macam mana pun . Bila ada seseorang dendam dengan kita saat itu bila kita rasa yang dia dendam dengan kita pasti kita nak minta maaf atas kesilapan yang kita lakukan iaitu hina . Kalau kita berbuat dosa dengan Allah dan kita meminta maaf InsyaAllah Allah akan memaafkan kita . Tetapi kalau kita buat dosa dengan manusia sendiri , amat sukar seseorang itu nak memaafkan kita . kalau boleh jauhkan buat dosa dengan orang begitu juga Allah . Apa yang aku cakap ini supaya aku dapat mengingatkan antara satu sama lain , begitu juga aku . Okay kita balikkan pada tajuk yang aku kongsi kan ini . Kadang2 aku terima juga penghina atas diri aku sendiri , tetapi aku fikir adakah diri aku ini membuatkan seseorang itu nak hina aku ? Bukan kah kau juga ada kekurangan dalam diri ? Sama lah jugak dengan aku . Tapi aku susah nak terima bila ada seseorang itu hina wajah seseorang itu , aku cukup tak suka sebab yela macam aku cakap tadi tu , manusia ciptaan Allah . jika kau hina dia , maknanya kau hina ciptaan Allah . Jadi , fikirkan lah sejauh jauh yang mungkin . adakah apa yang aku cakap ini salah ? aku rasa apa yang aku cakap ni adalah benar . Okay sampai sini saja dulu , sebab aku kekurangan idea , insyaAllah ada sambungannya nnti :)