Okay , aku dekat sini nak kongsi dengan kauorang sejarah Masjid Sultan Abu Bakar ialah masjid negeri johor yang terletak di Johor Bahru . Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900 . Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000 .
Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah . Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat .
Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin . Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19 . Aku bangga jadi orang melayu dan aku bangga dengan Dato' Yahya Awal .
Dan bangunannya empat persegi dan banyak dipengaruhi oleh ciri-ciri bina Islam . Masjid ini berbentuk bujur sangkar dengan 4 buah anjung yang masing-masing mempunyai menara kubah .