Saturday, January 7, 2012
Kawan .
Assalamualaikum semua . hihi , apa kabar ? aku harap kauorang sihat . syukurkan Allah beri kita peluang untuk hidup :) okay , Pada pagi ini aku nak cerita kan pasal kawan . Tajuk ni aku ambil dari sumber dari kawan aku yang letak status FB dia . terdetiknya idea aku untuk update . thanks azizi :) bermulanya cerita yang bertajuk Kawan ketawa memang banyak , kawan yang menangis atau sedih bila kita ditimpa musibah . Wah , panjang kan tajuk aku . nak ikut kan ada lagi tajuk . malas laa nak type sampai dua tajuk . okay , kita refer balik pada tajuk tersebut . Kawan yang jenis untuk kita buat ketawa tu memang ramai . tapi kawan yang menangis ketika kita ditimpa musibah tu susah nak cari . serious memang susah . yeah , Susah kekadang untuk kita mengenali hati masing2 walau dah lama kenal . Jenis kawan yang kita rapat pun kadang2 susah untuk dia kenal dan tahu diri kita macam mana . tapi nak senang cerita kadang2 kawan/sahabat ni kadang2 boleh jadi lawan kita . kawan makan kawan pun ada . nama pun manusia . And lagi satu , susah untuk kita nak jumpa kawan yang hendak menolong kita ketika kita susah . Ada2 kawan/sahabat ni bila kita senang mereka dekat dengan kita kerana nak ambil kesempatan . Contoh tiba masa yang sama kalau kita susah , kebetulan pada masa yang sama kita minta tolong dekat kawan2 tak semua akan membantu kita . memang ADA ! Aku pernah mengalami situasi ini . aku malas nak bagii tahu siapa kawan aku tu . kita manusia ni kadang2 hidup ada naik turun naik turun . tk selalunya kita berada di tahap yang atas . macam carta lagu dekat radio . tk semestinya artist tu no satu je dalam carta tu , kadang2 berada di bawah jugak . itu maksud nya . Tapi nak cari kawan/sahabat tu memang susah nak ikut kan . sebab pelbagai perangai yang kita jumpa . ada yang baik atau sebaliknya . Jadi , apa yang aku nak cakap ni . kalau ada Kawan kauorang jenis macam tu , jangan kau nak marah dia . lebih elok kau doa kepada Allah supaya dia berubah atau doakan dia ditimpa musibah apa yang kau terima . doa tu bukan untuk kita berniat jahat . Tidak sesama sekali . doa macam tu supaya dia belajar dari kesilapan atas apa yang dia lakukan . kesimpulan cerita , berhati hati la ketika memilih kawan . jangan rapat sangat , takut kita taksub dengan kawan (bermaksud , jika kawan tak ada kita mati) jangan sampai macam tu sekali . tapi apa pun family lebih penting dari kawan2 . sebab kau kenal family kau dulu daripada kau kenal kawan2 kau . okay aku harap apa yang kauorang baca ni dapat belajar dan ambil sikit2 sumber ilmu :) bye :)