Monday, January 30, 2012
business(2)
Apa yang aku nak cerita kan tentang business ni ialah orang kita , Orang melayu . Kenapa orang kita takut akan business itu ? mungkin dia takut untuk harungi cabaran business . Yess , itu semestinya . Begitu juga aku , kadang2 bila aku fikir orang ada business berjuta juta , and aku fikir macam mana laa dia mula2 bertapak dulu . lepas tu nak urus kan business tu supaya lebih maju kedepan . Serious aku pening bila fikirkan tentang ini . Seperti mana orang cina yang kita tengok , antara 10 dari bangsa cina , mungkin 2 antara 10 itu bekerja makan gaji . selebihnya membuat business sendiri . Tak kira apa business sekali pun , aku respect dengan bangsa diaorang sebab diaorang bersatu meski pun ada gaduh . persatuan diaorang kuat , tak macam kita . orang sebelah kaya sikit yang sebelah sini pulak dah sakit hati . kenapa macam tu ? Alhamdulillah bila aku tengok orang melayu kita kaya raya , aku bangga gila bahawa aku orang melayu . Tapi tu laa , kadang2 orang takut nak jalankan business . Tapi sampai bila kita nak duduk bawah orang lain ? bila lagi kita nak maju ke depan ? Kadang2 bila kita di timpa musibah tentang business bahawa Allah sayangkan kita dan menyuruh kita untuk meneliti dengan dalam tentang business . Silapnya orang dulu letak kan orang melayu ni di persada kerajaan dan cina untuk perniagaan . Kalau laa dari dulu kita di letak kan kedua2 tempat insyaAllah ramai orang melayu yang jutawan berbanding sekarang ni . Sekarang banyak budak yang amek course business . Aku harap diaorang lebih maju laa tentang industri ni . Supaya kita dapat berdaya saing dengan bangsa lain . Dalam business juga kita harus tahu langkah2 bila kita di timpa kerugian , jadi dari situ kita berhati hati tentang perniagaan yang kita jalankan sekarang ini . Ada seorang ahli perniagaan ni dulu cakap dengan aku , "kalau kau kerja dekat mana2 tempat , kalau boleh tanam kan niat yang kau boleh memiliki juga perniagaan seperti itu" itu lah yang dia cakap dengan aku . malah bukan aku saja untuk tanam kan niat macam tu . aku nak korang pun sama macam tu , walau korang tak minat tentang business . Majukan diri sendiri demi family dan bangsa kita sendiri :)