Monday, December 26, 2011
MNF (mohd noor farming)
Okay Assalamualaikum semua :) , okay alhmdulillah tamat sudah tempoh pengajian untuk aku practical di MNF felda cahaya baru . pada petang 25122011 aku dan azizi lepak2 dulu dekat batu 20 sungai tiram , sumpah jauh gila perjalanan aku . yela , area ulu tiram kata kan . lepas tu pergi minum2 kejap then pergi ke MNF untuk ambil report practical aku . Alhamdulillah comment2 yang terima amat membanggakan aku dan aku sangat puas hati . first datang jumpa Kak Ee iaitu isteri boss aku . jumpa dia untuk ambil report tersebut . then dia bagi kata2 semangat sebelum aku melangkah keluar dari office . Alhmdulillah sekali lagi sebab aku terima sijil dari syarikat MNF . lepas jumpa dia terus naik dekat kandang lembu sebab nak lepaskan rindu dekat lembu2 yang aku jaga dulu . lepas tu pergi dekat kandang kambing . sambil2 itu aku ada ambil gambar sebagai kenang kenangan . lepas tu aku jumpa panjang(pekerja ladang ternakan MNF) . ambil gambar dengan dia pula . lepas tu jumpa kambing2 yang aku rindu pulak . then dah banyak gambar yang aku ambil lepas tu pergi semula dekat kandang lembu . sebab rumput baru sampai , part tu baru cantik kalau take picture . sambil2 ambil gambar aku jumpa abg2 endon yang kerja dekat situ . almaklum laa , lama tak jumpa kata kan . habis sahaja jumpa mereka . aku jumpa boss aku iaitu mohd noor bin achong . lepak2 kejap dengan dia . berbual bual about ternakan then aku beredar dari ladang tersebut . kesimpulan cerita , kadang2 aku rindu semasa waktu aku practical . Alhamdulillah banyak ilmu yang aku perolehi dari situ . aku jaga kambing sebanyak seratus lebih dengan jaya nya sampai aku dapat comment yang terbaik dalam report practical aku :) bersyukur kehadrat Allah taala . kerna aku di beri peluang untuk aku belajar dalam bidang ternakan . Jadi lepas ni kalau aku bukak projek sendiri aku tak susah laa . sebab dulu aku dah handle kambing yang banyak . dengan lembu yang besar2 :) Tak terkata aku terhadap cerita ini . okay , kalau nak tengok gambar tunggu nnti aku masuk kan yaa . And maybe awal bulan satu aku naik semula ke melaka untuk final exam aku . and masa untuk lepaskan rindu dengan kengkawan :)