Sunday, October 30, 2011

ilmu penternakan .

Okay , aku dekat sini nak kongsi dekat kauorang pasal penternakan . penternakan memiliki banyak sektor , sektor dari lembu , kambing , unta , ayam dan sebagainya . tapi aku pro pasal lembu laa . nak cerita pasal kambing ni tahu jugak . tapi aku amek2 tahu macam tu je . okay , pasal lembu . lembu di panggil ternakan ruminant besar . lembu terdiri daripada dua bahagian iaitu lembu pedaging dan lembu tenusu . okay , dari segi sektor pedaging ni amat mudah bagi aku untuk aku handle kan . dari segi makan tu normal kena kasi , tapi tak banyak seperti lembu tenusu . lembu daging makan paling2 kurang dua kali sehari iaitu pagi dan petang . lembu tenusu pula dari segi makan banyak jugak , iaitu satu hari empat kali makan . kerana ia memerlukan lemak yang banyak untuk menghasilkan susu yang berkualiti . okay , for example , ada dua orang penternak tenusu yang sedang menghantar susu di tempat mengumpulan susu . si A ada lima tong susu bersamaan 200 liter susu dan si B ada dua tong susu bersamaan 80 liter susu . si A mempunyai lemak susu yang agak sedikit dan si B mempunyai lemak yang banyak . jadi si B memperoleh keuntungan agak berbeza dari si B . okay , dari situ kedua dua penternak ini berdaya saing untuk memperolehi lemak susu yang banyak . sebab tu lembu tenusu makan lagi banyak dan banyak kasi makan dekak (pallet) . lagi pun kalau nak bukak bisnes lembu tenusu ni modal agak besar dari lembu daging . semua agak berbeza . tenusu risiko lagi besar berbanding lembu daging . tetapi pulangan duit hari2 masuk kerana jualan susu . kalai lembu daging pula pulangan duit agak lambat kerana ada sesetengah penternak ternak lembu dari segi jual ikut bulan atau sebagainya . tetapi lagi esok jual daging frozen , kerana itu peluang kita untuk mendapat pulangan duit daripada menunggu musim perayaan . tetapi kalau nak cepat naik baik bukak bisnes lembu tenusu . tetapi bukan semudah itu untuk kita nak handle semua tu dengan baik . kerana cost , tempat dan sebagainya . Jika kita focus betul2 dalam sektor ini insyaAllah kita cepat naik . tetapi ingat jangan selewengkan duit itu . setakat ini sampai sini jelaa . ak ikut ada lagi cerita tentang ini . lain kali sambung lagi yaa . sebab esok nak pergi ladang ternakan .