Thursday, December 27, 2012

Cita cita.

Setiap orang mempunyai cita cita kan. Masa kecik tipu lah kalau korang cakap korang tk ada cita cita. Hehehehe. betul kan.  Masa aku kecik dulu aku ada banyak cita2. Sampaikan aku ada cita2 nak jadi askar. Hujung2 bila dah dewasa ni badan aku tk naik2 lagi. Nak jadi askar badan mesti perkasa. hehehehe. Tapi bila dah masuk peringkat dewasa ni, pasti kita ada matlamat dalam hidup. Itu yang pasti lah, tp rasa nya semua orang seperti itu. Ada matlamat dan cita2 masing2. Cita2 aku sekarang ni nak jadi sorang business man dan pelabur sendirian berhad. Hehehehe, pelabur sendirian berhad tu macam mana ek nak terangkan? Fikir lah sendiri. Link2 ni aku dah nampak, cuma Allah belum izinkan lagi untuk aku mulakan. Semua orang inginkan kekayaan. Tapi kalau nak cari kekayaan, pastikan kita kena sama ratakan antara dunia dan akhirat. Kerana, apa yang pastinya, akhirat lah tempat yang kekal buat selama lamanya.Tapi bukan mudahkan nak kejar cita2 kita itu. Cuma ikut dan pandukan pada diri sendiri bahawa nak usaha ataupun tidak. Majukan diri sendiri dan jaga lah diri sendiri.